Sabtu, 28 Disember 2013
Sem Baru
Yuuuhuuu..... Teman dah masuk sem 2. Senior la kepada adik-adik sem 1. Teman kena halau dari duduk dalam. Adoii, masalahnye rumah sewa yang teman dapat ni jauhnya lebih kurang 9km. Teman ada masalah.... kalau takda masalah memang teman tak menulis sekarang ni. Masalahnya ialah, teman pegi kelas dengan menaiki kereta teman, kawan-kawan teman ni pulak dok menumpang kereta teman untuk ke kampus. Pada suatu hari yang hening, teman suarakan pendapat teman, iaitu agar kawan-kawan teman ni membayar duit minyak kereta. Yela, minyak kan dah naik harga, so bayarlah. Nak tahu camna muka kawan-kawan teman tu? Masing-masing buat muka. Hamboi, kau dah naik kereta orang punya selesa, lepas tu boleh plak tak nak bayar. Zaman sekarang ni mana ada free of charge maaa.. kalau tanak bayar, ang pi naik bas tu. Jangan dok menenggek kat kita. Teman percaya, kalau sapa-sapa ada kat tempat teman, mesti bengkek jugak.. Depa dah pakai perkhidmatan kita tapi tak nak bayaq perkhidmatan tu, ape cer??? sakit hati teman. oklah. teman sakit hati ni. takda mood da. bye.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan